Tak dinafikan ad delivery Meta dah power, dengan latest update (Meta Andromeda) ad retriving oleh Meta dah makin bijak dan laju tapi...
Meta AI tidak akan dapat befungsi dengan baik jika kita tiada data yang baik untuk dia jadikan rujukan.
Sebagai contoh Advantage+ audience tidak akan dapat pilih audience yang baik jika sumbernya dari iklan yang tak berkualiti.
Persoalannya adalah, macam mana kita nak pool audience yang berkualiti dan gunakan balik dalam kempen Meta ads?
💯 [Case Study] Landing page conversion rate naik dari 3% ke 28%
Walaupun salespage yang digunakan adalah sama, conversion rate yang terhasil berbeza-beza mengikut tahap audience yang melihat iklan tersebut.
Data menunjukkan bahawa retargeting menghasilkan conversion rate jauh lebih tinggi berbanding broad targeting. Ini membuktikan bahawa kejayaan iklan bukan hanya pada design atau copywriting salespage, tetapi pada kualiti audience yang dihantar ke page.
- Audience Quality → Conversion Rate
Retargeting menghantar trafik berkualiti tinggi (warm audience) ke salespage, seterusnya meningkatkan CVR sehingga 20%+, berbanding broad yang hanya sekitar 2–4%.
- Salespage Bukan Masalah—Audience Yang Penting
Jika CVR rendah, bukan semestinya salespage gagal. Masalah mungkin datang daripada kualiti trafik yang masuk. Funnel level memberi kesan besar pada keputusan.
- Funnel Layering Tingkatkan Keuntungan
Dengan membina funnel yang berlapis (Cold → Warm → Hot), anda dapat maksimumkan conversion tanpa perlu ubah salespage — hanya optimasi targeting.